Uncategorized

99 Wonderland Park review.

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Rasa macam lama tak menulis di blog ni, actually bukan rasa dah memang dah lama saya tak menjengah ke blog ni. Habis bersawang berhabuk. Hari ni nak cerita sikit tempat menarik untuk korang spend time hujung minggu dengan anak-anak..

Saya memang suka berjalan dan tak pernah lekat kat rumah huhuhu jadi memangvtiap minggu akan ada aktivitinya. Semalam kami ke 99 Wonderlan Park. Saya gerenti semua yang pergi akan berpuas hati.

Pintu masuk 99 Wonderland Park

Ok ini adalah pintu masuk 99 Wonderland Park. Sebelum kami sampai kami berhenti solat di surau berdekatan, masa tu maghrib. Kami fikir kalau gerak lepas maghrib nanti lambat pula sampai.

Lokasi

Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100, Kuala Lumpur.

Nak senang cita google maps je k.

Tempat Letak Kenderaan

Sepanjang jalan dihadapan 99 Wonderlan Park tu banyak la yang park kereta disisi jalan tapi korang tak perlu susah-susah merisikokan diri korang park kat tepi jalan tu ya.. Setentang dengan pintu masuk 99 Wonderland Park ada di sediakan tempat letak kenderaan.. Percuma tak perlu bayar. (mungkin buat masa sekarang la free sok lusa tak tahu la huhuhu). Ambil langkah bijak ye puan-puan dan tuan-tuan. Balai polis ada je tersergam indah depan tu. hang jangan buat loklak.

Harga masuk/ Entrance Fee

Entrance ticket 99 Wonderland Park

Semalam lupa nak ambil gambar harga tiket, tapi harga tiket kami semalam hanya RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak). So siapa nak harga murah ni baik korang pergi sekarang. Semalam kami beli tiket 2 dewasa dan 1 kanak-kanak ( aydeen belum 4 tahun lagi) so jimat RM 9..😍😍😍

Waktu operasi

Jadi sebelum korang main terjah je ke sana saya nak bagitau ya, park ini ditutup pada hari isnin dan selasa untuk tujuan pembersihan. Waktu operasi adalah dari pukul 9am – 11pm, tapi last boleh masuk 10.30am. Jadi jangan pulak korang datang pukul 11pm pula, nanti tak boleh masuk dah sia-sia.

Aktiviti

Saya ingat dalam ni hanya untuk jalan-jalan tengok lampu rupanya banyak aktiviti wooo dalam ni. Masa kami beli tiket tu, ada juga jual tiket untuk aktiviti-aktiviti lain seperti dibawah.

Kenderaan 99 Wonderland Park

Harga setiap kenderaan adalah berbeza-beza. Tapi kalau korang nak bawa orang tua ke pusing tasik tu tapi tak larat jangan risau 99 bus buggy tu free of charge. Jadi kalau rasa macam dah letih jalan kaki korang boleh naik buggy tu di lokasi-lokasi pit stop. Tapi kalau korang larat jalan kaki teruskanlah demi kesihatan jantung korang sebab kawasan ni agak luas. Nah tengok map bawah ni.

Tempat menarik di 99 Wonderland Park

Sebab kitorang ingin menikmati keindahan sungai di waktu malam, kitorang beli tiket 99 cruise (RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak).

99 cruise
seronok dapat naik cruise

Haaa… tengok tu bukan main excited dapat naik cruise sama la dengan mak pak dia.. perjalanan naik cruise ni 20min. Tak jauh sangat la dia pusing pun tapi cantiklah pemandangan sepanjang naik cruise tu dengan lampu-lampu neon yang bergemerlapan. Sampai di tempat itik dan angsa dia akan berhenti sekejap, jinak betol haiwan-haiwan kat situ.

excited nampak itik dan angsa

Jadi, setibanya di darat kami pun meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Sedang berjalan kaki kami ternampak sesuatu..

surau dan tandas

Surau dan food court disediakan

Ada surau rupanya dalam ni, so korang nanti saya cadangkan datang petang sikit maghrib di sini je senang. Food court pun ada makan je dalam tu, tapi tak banyak pilihan sangat la.

Ni gambar sepanjang kami di 99 Wonderland Park.

sorok perut mama

sky fountain

3 beranak

panda

burung burungan

aydeen with rabbit

ni buggy yang free tu

sini pun boleh bagi makan haiwan
RM 3 – RM10 (Itik dan angsa)
RM5 (Rusa &dan Burung ostrich)
funfair pun ada sebelah food court

Kesimpulan

Jadi secara kesuluruhannya memang berbaloi kalau korang berjalan-jalan waktu cuti kat sini dengan anak-anak. Dinasour bergerak pun ada, haru iolz dengan anak-anak. Ok jumpa next entry.

Mama to Aliesha & Aydeen Kurus & PCOS fighter Love art and DIY Learn to be beauty with brain & heart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: